Monday 31 October 2011

Arahan terakhir untuk Tugasan 1 dan Tugasan 3

Tugasan 1 - 
Pastikan anda turut mengupload artikel yang anda telah pilih dan analisis. Sila nyatakan nama penulis dan nama jurnalnya.




Tugasan 3
Pelajar membaca dan memahami isi satu topik dalam satu mata pelajaran.

(a) Pelajar membuat  peta-konsep isi topik yang dipilih serta huraian ringkas peta-konsep berkenaan.

(b) Pelajar buat jadual penentuan isi kandungan (membuat  analisis jenis-jenis pengetahuan dan kemahiran) dan sekuens kandungan unit-unit p & p.

Tempoh : Kekal seperti diumumkan. 

Thursday 20 October 2011

Kesilapan semasa menghantar melalui Assignment

1. Saya telah mula download Laporan Science Process Skills anda.
2. Saya dapati ada pelajar yang tidak berjaya menghantar dengan betul.
3. Mereka yang berkenaan telah saya REJECT.
4. Sila upload semula.

Wednesday 19 October 2011

Tugasan tidak siap/lengkap

1. Sejak 2 minggu lalu, saya dapati terdapat TEAM yang tidak menyiapkan Aktiviti  yang diberi semasa kuliah. .
2. Oleh itu, saya harap mereka dapat bertindak supaya tanggungjawab TEAM masing-masing terlaksana.


Harap Maklum


p/s : Semasa menghantar Assignment sila tulis Kumpulan A, Team 1, Team 2, Team, ....atau Team 8

Wednesday 5 October 2011

CONTOH Fakta, Konsep dan Hukum

Topik : Cahaya

1. Fakta : - Sifat cahaya

Cahaya bergerak lurus. Cahaya adalah gelombang elektromagnet. Cahaya boleh bergerak dalam vakum

2. Konsep : - Pantulan Chaya

Cahaya lurus akan dipantulkan apabila dipancarkan ke cermin (Konsep pantulan cahaya)

Cahaya lurus akan berubah arah apabila cahaya itu bergerak melalui medium yang berlainan ketumpatan (Konsep pembiasan cahaya)

3. Generalisasi 

- Menurut Hukum pantulan cahaya apabila cahaya dipantulkan saiz sudut tuju  ( i) adalah sama dengan saiz sudut pantulan ( r) . ( Sudut i = sudut r )
 

-  Menurut Hukum Snell apabila cahaya dipancarkan daripada medium kurang tumpat ke medium lebih tumpat maka saiz sudut tuju dan saiz sudut biasan boleh dinyatakan sebagai HUKUM SNELL iaitu